TIPS MENJAGA & MERAWAT : KUKU !
1. KUKU YANG KERING DAN RAPUH
*** BIASANYA SEBAB KEKURANGAN VITAMIN A, KALSIUM DAN ZAT BESI. SELAIN TU MUNGKIN KERANA TERLALU KERAP TERENDAM DALAM AIR SEJUK ATAU PANAS.
= UNTUK MERAWATNYA KENALAH BANYAKKAN MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI ZAT-ZAT YANG DISEBUTKAN. PERLU JUGA KERAP MENGURUT KUKU DAN JARI-JEMARI TU DENGAN KRIM PELEMBAP. SATU PETUA YANG BOLEH DICUBA UNTUK MEMULIHKAN KEMBALI KECANTIKAN KUKU TU IALAH CUBA AMALKAN SAPU KUKU DENGAN MINYAK ZAITUN. BIARKAN SELAMA SETENGAH JAM SEBELUM MEMBERSIHKANNYA KEMBALI. AMALKAN SEKURANG-KURANGNYA SEMINGGU SEKALI.
2. KUKU YANG HALUS DAN LEMAH
*** SELALUNYA SEBAB ‘GEN’ ATAU KETURUNAN. TAPI BOLEH JUGA TERJADI KERANA PENGGUNAAN PEMBERSIH KUKU YANG KUAT SANGAT KESANNYA. SELAIN TU, BOLEH JUGA BERPUNCA KERANA TERLALU LAMA BERENDAM DALAM AIR. UNTUK MERAWATNYA,
= KENALAH BANYAK MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI KADAR PROTEIN, KALSIUM DAN ZAT BESI YANG TINGGI.
3. TERKOPEK MENDATAR
*** MUNGKIN BERPUNCA KERANA KETURUNAN. LAZIMNYA JUGA TERJADI KERANA KEKURANGAN VITAMIN B ATAU LUKA PADA KULIT ARI ATAU DASAR KUKU. OLEH ITU, KENA BANYAK MENGAMBIL MAKANAN MENGANDUNGI VITAMIN B.
4. KUKU TANDUK
*** KUKU YANG KELIHATAN SANGAT TEBAL DAN KERAS. BAHAGIAN TEPINYA PECAH-PECAH DAN WARNANYA KUNING ATAU HIJAU ATAU KECOKLATAN. PUNCA YANG BIASA IALAH SEBAB PERTUMBUHAN KUKU YANG TERHALANG KERANA MEMAKAI KASUT YANG KETAT ATAU TERLALU SEMPIT.
5. KUKU BERBINTIK-BINTIK PUTIH
*** KELAINAN YANG TUMBUH PADA KUKU TETAPI SELALUNYA BUKANLAH SATU PENYAKIT! SELALUNYA DISEBABKAN OLEH
KECEDERAAN PADA DASAR KUKU. WARNA PUTIH PADA KUKU TU DIKATAKAN TERJADI KERANA TERDAPAT UDARA DALAM ZAT TANDUK KUKU. SELALUNYA BILA KUKU TU TERUS BERTUMBUH, TANDA PUTIH TU AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
No comments:
Post a Comment